12 September 2014

Kerana Dia Seorang Yusuf ( cerpen )




 Yusuf terkesima . Surat di tangan dibaca sekali lagi . Amat sukar dipercaya . Air mata kesyukuran yang menganak sedari tadi telah berderai membasahi pipi . Dia diterima melanjutkan pelajaran di universiti idamannya . Al Azhar , sebuah institusi ilmu yang sulit untuk diterjemah rasa kagum dan agung tentangnya .

Yusuf berlari dan terus memeluk ibunya . Tangan tua yang sudah ketara uratnya itu dikucup . Yusuf terus menghulur surat itu lantaran lidahnya tidak mampu berkata kerana terlalu gembira . Ibunya juga turut menangis kegembiraan .

Dikucupnya dahi Yusuf berkali kali . Anak sulungnya itu bakal menjejakkan kaki ke bumi kinanah . Disana Yusuf akan belajar tentang agama . Disana juga Yusuf akan lebih memahami makna cinta Yang Esa yang sesungguhnya . Bila pulang nanti , dia bawa bakti untuk semua . Tambahan pula , Yusuf anak jati kampung pertama yang akan belajar di negara orang . Yusuf istimewa . Semua warga tahu tentangnya . Sejujurnya , aku akan bahagia kalau Yusuf bahagia . Meski kami bersahabat baik sejak di bangku sekolah , namun aku dan Yusuf bagaikan langit dan bumi . Kami sangat berbeza . Yusuf orangnya kacak , kulitnya sawo matang , pintar dan kuat pula hafalan Qurannya . Aku biasa biasa saja . Tidak sekacak Yusuf dan jauh lagi untuk pintar sepertinya . Aku telah lama redha ... Aku teringat kata kata Yusuf ...

"Allah mencipta manusia itu dengan sebaik sebaik kejadian . Maka kau kena percaya bahawa kau juga yang tampan . Apa ada pada rupa ? Yang dipandang Allah adalah iman dan takwa ." 

Seminggu lagi Yusuf akan terbang ke Mesir . Aku membantu Yusuf menyediakan apa yang perlu . Orang kampung juga rajin bertanya dan berbual tentang Yusuf . Tok Dollah selaku selaku ketua kampung , katanya mahu mengiringi Yusuf ke KLIA . Beliau bangga punya pemuda kampung yang cemerlang seperti Yusuf . Cik Temah , bidan kampung juga mahu ikut serta . Dia rasa bertuah kerana menjadi orang yang pertama menyambut kelahiran Yusuf  ke dunia . Sesudah Yusuf mengimami solat jemaah di masjid , biasanya dia akan dijemput memberi tazkirah ringkas dan sebagainya . Ada juga gadis gadis kampung yang tidak segan mengintai di balik tirai demi melihat Yusuf .

Petang esok , Yusuf sudah mahu terbang . Aku tahu , Yusuf bukan kepalang riangnya . Pasti hatinya berdebar debar , tak sabar melihat bumi para anbiya itu . Hasrat aku untuk berbual bual dengannya terbatal apabila dia sudah bersiap siap untuk keluar . Ibunya teringin bersiar siar bersama Yusuf sebelum anak tunggalnya itu sambung belajar . Yusuf menghidupkan enjin motor usang , peninggalan arwah ayahnya .

Kira kira jam $ petang . Ketika hujan mulai turun dengan lebat , aku menerima panggilan telefon . Yusuf dirawat di hospital . Perasaanku berbaur dan berkecamuk . Apakah ? Yusuf tidak sedarkan diri . Menurut pemuda yang memabantu Yusuf yang menghantar Yusuf ke hospital , Yusuf kemalangan . Yusuf gagal mengawal motor apabila tiba tiba sebatang dahan pokok tumbang di tepi jalan . Yusuf terjatuh daripada motor dan kepalanya berdarah teruk .

Bersambung .....



02 August 2014

Saling Memerlukan Antara Satu Sama Lain !






Lelaki ada kekurangan .
Perempuan juga ada kekurangan .
Lelaki ada kebolehan . 
Perempuan juga ada kelebihan .
Sama sama saling pelu memerlukan 
Dan 
saling lengkap melengkapi 
untuk memimpin kehidupan 
ke arah yang lebih baik .
Tidak ada sesiapa 
yang lebih daripada 
sesiapa .
Pada suatu sisi , perempuan 
memerlukan lelaki dan lelaki 
memerlukan perempuan  .
Kalau menyedari , Islam mengangkat 
martabat wanita di dalam 
kefahaman ini . Lelaki perlu 
memberi sumbangan dengan 
kelebihannya . Perempuan juga perlu 
memberi sumabangan dengan
kelebihannya .
Allah maha Adil .
Cuma , tidak ramai yang menyedari 
dan merasai keadilan Allah itu .
Apatah lagi hendak memahaminya .
 ~sekian~
Jazakallahukhairan kathira 

" Bukanlah perlu menunjukkan kekuatan pada medan juang yang sama , kerana dirinya ada medan yang lain . Bukanlah lemah apabila perlu , melakukan tugasan masing masing ."