Manusia memang suka akan cinta . cinta ini pada mereka indah . Tidak salah kalau dikatakan bahawa cinta adalah perihal yang paling manis di dunia .
Jadi . Apakah asas cinta ?
Cinta ini asasnya sayang . Tidak tahu pula saya kalau ada cinta berasaskan benci .
" Saya cintakan dia , sebab tulah saya benci akannya sangat sangat ."
Mustahil bukan ?
Jadi , cinta mestilah sayang . Kita hargai orang yang kita cinta . Kita sanggup korbankan segalanya . Malah ada satu kata kata ,
" Seseorang itu sanggup berubah demi apa yang dicintainya , mengetepikan kepentingan dirinya ."
Wah ! cinta memang menakjubkan ! Ya . Demi sayang , semuaa benda yang kita kurang sayang , akan kita ketepikan kepentingannya , boleh kita korbankan , boleh kita buang tepi , asalkan benda yang kita sayang , selamat .
Cinta Orang Hari Ini .
Sebahagian orang menyatakan cinta . Malah ada yang nampak cinta itu busuk . Ada segelintir orang , dia nampak cinta itu keji . Zaman ini , ramai orang begitu . Apabila novel novel saya keluar di pasaran . Ada orang memberi komen kepada saya ,
" Saya lagi suka vt . Sebab dalam vt tiada cinta . Alangkah baiknya kalau awak boleh tulis lagi cerita macam vt . Tiada cinta lelaki dan perempuan . Itu lebih baik ."
Itu satu contoh . Hinggakan , kalau ada cinta dalam novel , novel itu dianggap pop , picisan , murah dan tidak berkualiti . Kenapa sampai begitu sekali orang memandang cinta . Sebab hari ini , cinta telah dimurahkan semurah murahnya . Kenapa boleh jadi murah ? Kebanyakan orang hari ini tidak tahu apa itu cinta . Tidak pandai untuk bercinta . Dia bercinta dengan cinta yang salah , dengan cara yang salah , salah dengan kefahaman yang salah , menyebabkan cinta yang dikibar kibarkannya automatik menjadi murah . Cinta hari ini dimaknakan couple apabila kita keluar bersama sama , apabila kita berdating , apabila kita naik motor bonceng sama sama , apabila kita makan satu sudu satu garfu . Kita sanggup gadai dara teruna kita , Kita sanggup beri apa sahaja . Itulah cinta bagi generasi muda hari ini yang pendek akal dan dangkal . Akhirnya , cinta dikeji sebagai satu perkara nista dan busuk .
Kata Cinta , Kata Sayang .
Tiada orang kata begini ,
" Saya sayang awak . Oleh kerana saya sayang awak , saya mahu lempar awak kedalam api ."
Sepatutnya , orang kata begini ,
" Saya sayang awak . Oleh kerana saya sayang awak , kalau awak masuk kedalam api pun , saya sanggup selamatkan awak ."
Maka , orang yangbercinta tidak mengikut jalan syarak benarkan , tidak mengikut apa yang Allah tetapkan , tidakkah sama dengan melontarkan pasangannya ke dalam neraka ? Allah melarang berzina , Allah melarang pergaulan bebas , tetapi kita ingkar kepada Allah SWT atas nama cinta dan sayang . Benarkah sayang ? Kalau benar , kenapa melontarkan pasangan anda kedalm neraka ? Kalau betul sayang dan cinta , sepatutnya kita sama sama selamatkan pasangan kita daripada api neraka , daripada kehancuran . Tetapi kenapa kita pautkan dia ke dalam neraka bersama sama kita ?
" Nanti bertaubatlah ."
Nanti tu bila ? kalau tidak sempat ? Jangan berlagak sayang . Kita tidak tahu bila kita akan mati . Jika kemalangan ketika berseronok seronok berbonceng motor . Baru kamu tahu . Alangkan orang yang tidak berbuat apa apapun boleh mati . Inikan pula pula orang yang bergerak setiap hari . Kalau cinta , selamatkanlah diri anda dan pasangan anda daripada kemurkaan dan keingkaran Allah . Saya tidak nampak itu cinta , kalau kita melontarkan diri kita dan pasangan kedalam neraka . Samalah seperti kita mencampakkan pasangan kita kedalam gaung selepas kita katakan kepadanya ,
" I love you sayang ."
Tiada bezanya .
Bercinta Mesti Sampai Ke Syurga .
Saya bayangkan , kalau saya dengan isteri , saya suka akan masuk syurga dengan dia . Nanti kami duduk depan mahligai kami di syurga , di bawah pohonan yang rendang , dikelilingi haruman syurga , kemudian kami mengenang mengenang cinta kami .
" Susah abang nak dekati sayang dulu ."
Sambil saya ketawa menceritakan betapa saya menahan sabar diri saya untuknya .
" Saya pun jual mahal lebih terhadap abang dulu ."
Dia juga bercerita betapa dia pun berusaha menjaga dirinya .
Kemudian , kami akan bersembang fasal anak anak , bagaimana susahnya , mentarbiah anak anak didunia yang penuh cabaran , bagaimana susahnya hidup kekal dalam redha Allah dan kami akan ceritakan semua itu dikelilingi anak anak kami disana . Bahagia . Semua perih jerih akan terbayar .
Saya inginkan begitu . Apakah maknanya sayang kalau mencampakkan pasangan ke dalam kemurkaan Allah ? Cinta sebetulnya ke syurga . Itu baru dinamakan cinta , itu baru dinamakan sayang . Maka . Apa usaha kita untuk cinta itu kekal sampai ke syurga ? Apa ?
***Tajuk ini dipetik dari buku Batu Bata Kehidupan yang ditulis oleh
Hilal Asyraf . Semoga ia dapat memberi pengajaran kepada kita . ***
" Hati yang tidak mencintai Allah , akan sangat mencintai dunia dan takut mati ."
- yang mengopi pasta -