07 September 2016

Book Giveaway by Abam Kie and Friends



Akhirnyaaaaa *jerit*

wahhh dah lamanya tak update blog . Bersawang dah blog ni (eee poyonya) . Alhamdulillah harini sempat update satu entry itupun sebab nak join giveaway Abg Kie . Hehe Lagipun dah lama tak join giveaway . Giveaway yang lepas tak sempat nak tuntut hadiah . Tak sempat punya pasal apedaaa .

So...


Tadaaaaa !!!!


Tekan banner untuk join :) tenkyuu


05 January 2015

Uhibbukifillah Ya Sahabahh ( cerpen 2 pt 1 )



“ Naja ! cepat la sikit siap . Kita dah lambat ni . Nanti Puan Azidah bagi tazkirah kat kita pula .“ bebel Naz sambil tangannya menyarung tudung dikepala kemudian diikuti memakai stoking . Yaa !! perfect !   

Izzati Nazihah . Seorang yang tabah . Walaupun hatinya sudah banyak kali terguris dengan orang yang berada disekeliling . Senyuman manis tetap terlukis di bibirnya . Di kolej ini , hanya seorang sahaja sahabat yang dia percaya . Iaitu Najatul Syahirah .

“ Sabarlah Naz ku sayang . Aku tak jumpa kotak pensel aku . Kau ada Nampak tak ?” ish mana pulak kotak pensel ni hilang . Time time macam ni la dia nak hilang . Entah entah tertinggal di dalam dewan kuliah . Ishh tak mungkin la macam tu . Semalam dah masukkan kotak pensel tu dalam beg . Aku tak nyanyuk lagi . Omel farah didalam hati .

Najatul Syahirah . Seorang yang penyabar . Sahabat kepada Izzati Nazihah . Sahabat dunia akhirat Naz . 

“Tak jumpa ? kau letak mana wehh ? Cuba cari kat dalam almari ke , dalam laci ke  …” intan yang Cuma memerhati dari tadi sudahpun melangkah kearah bilik Naja untuk menolong sahabatnya itu . Diselongkarnya almari , tidak ada . Diselongkarnya pula laci meja , tidak ada juga . Tinggal tempat terakhir iaitu katil . Diangkatya bantal yang sudah disusun Naja .

Kotak pensel berwarna pink berbunga kecil cantik terletak diatas tilam . Sedap punya landing ..

“ Naja ! ni ha dia kotak pensel kau . Nah ! “ Naz menghulur kotak pensel tersebut kepada Naja .

“ Wahhh Naz ! Kau memang hebat . Kau la heroin aku .” Naja buat muka cute .

“ Dah la dahla . Jom la gerak sekarang . Nanti lambat pula nak sampai .


Begini la kehidupan mereka sebagai pelajar tahun keempat dalam jurusan bahasa arab di Universiti Sains Islam . Jika Naja dalam kesusahan , Naz akan membantu . Begitulah sebaliknya . Kemana saja mereka pergi , pasti mereka bersama . Pelajar di kampus memanggil mereka ‘kembar tak seiras’ . Mereka suka menolong orang , Baik , tidak meninggikan suara , sopan . Patutla mereka disenangi pelajar lain J

***
Tergesa gesa mereka memasuki bilik kuliah setelah mereka melihat kelibat Puan Azidah keluar daripada kereta  .

“Alhamdulillah . Nasib baik sempat masuk .” Lega Naz .

Kelas berjalan seperti biasa . sebelum kelas bahasa arab tamat , sempat Puan Azidah mengingatkan para pelajar supaya menyiapkan assignment . Dan perlu dihantar sebelum tarikh yang ditetapkan . Puan Azidah memang begitu . Beliau tidak mahu pelajar menangguhkan kerja .

***

Dalam perjalanan menuju ke tempat parking . Naja merasakan ada sesuatu yang tidak kena .

“Naz .. Aku rasa tak selesa la . Aku rasa macam ada orang ikut kita . Kau boleh tengok tak siapa kat belakang kita ni ?” Naja buat isyarat mata kearah belakang .

“Haah la Naja . Memang ada orang ikut kita . Tapi lelaki la Naja . Hmm aku pun takut ni .” Naz memeluk tangan Naja .

jom la pergi tempat parking cepat . “ laju mereka melangkah .  

Jauh Naja mengorak langkah . Naz tercungap cungap mengejar Naja .

Malangnya , lelaki itu sempat memintas langkah kaki Naz .

 “Maaf encik . Encik cari siapa ya ?” takut takut Naz bertanya .

“Em Em Em .. saya nak pulangkan buku ini . Tadi saya ternampak buku ini jatuh dari pegangan cik . Sebab tu la saya ikut cik tadi . Tak tahu pula cik  ni jalan laju sangat . Mungkin cik takut saya apa apakan cik . Tidak mengapalah .  Nah “ lelaki itu menyerahkan buku kepada Naz sambil tersenyum , lalu meninggalkan Naz yang terpinga pinga .

“ NAZ ! CEPATLAAA  “ agak terjerit sedikit Naja memanggil Naz  .

“Haa ? Okey okey .” Naz seperti orang bingung .

“Kau ni kenapa mengelamun je . Kau teringat lelaki tadi tu ke ? Naz , tak baik mengingati ajnabi . Takut takut muncul pula zina hati . Ya sahabat ?”

“Tak . Ku Cuma berfikir . Muka lelaki tadi macam familiar sangat . Muka macam arwah . sebab tu la aku melangut tengok muka laki tu .”

“Ish kau ni . Kalau kau teringat kat arwah . Doakanlah dia . baca yassin bebanyak . Okey ?”

“Okey   "

*3 tahun dahulu*

Fawwaz Seorang  jejaka yang berjaya menembusi hati Naz . Dia sedang berada di Jordan sebagai mahasiswa tahun terakhir yang mengambil jurusan kedoktoran di Universiti of Jordan .  Selepas 2 minggu , peperiksaan yang dinanti sudahpun habis . Kini , senyuman bahagia mula terukir dibibir lelaki itu .

 “Awak  , minggu hadapan saya hantar rombongan merisik ya ? Kita tunang , lepas 3 bulan kita kahwin ya ? Fawwaz menghantar sms kepada Naz .

“Baiklah . Nanti saya bagitahu ibu .” …..

Fawwaz sudah tidak sabar untuk pulang ke tanah air . Tanah tumpah darahnya .
Segala urusan selepas hari graduasinya dua miggu lepas sudah diselesaikan . Kini dia menanti untuk pulang ke Malaysia , ingin mendirikan rumah tangga bersama gadis idamannya . 2 hari sebelum Fawwaz dan rakan seperjuangan berangkat ke Malaysia , rakan yang memang menetap di jordan mengadakan perkhelahan di Dibben Forest , Jerash , Jordan . Mereka sama sama memanggang daging , ayam , sosej . Selepas itu mereka mengadakan sesi meluahkan perasaan . Amat menyentuh hati .
*bersambung*