13 September 2014

ارتي صحابة

" Mempunyai seorang صحابة sejati lebih berharga daripada mempunyai seribu teman yang mementingkan diri sendiri ."


apa yang kita alami demi teman kadang kadang melelahkan dan menjengkelkan , tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah ..

Persahabatan tidak berlaku dengan sendirinya , tetapi memerlukan masa yang panjang seperti besi menajamkan besi , صحابة menajamkan صحابة nya ..

Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka , duka , dilukai , disakiti , dihibur , diperhatikan , dikecewakan , didengar , diabaikan , dibantu , ditolak , tapi semua ni tak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian ..

Seorang صحابة tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan , kerana  kasihnya , memberanokan diri untuk menegur صحابة nya ..

Proses teman menjadi صحابة memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan , tetapi bukan pada waktu kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian , pertolongan dan pernyataan kasih orang lain ..

Semua orang memerlukan صحابة sejati , tapi tak semua orang berjaya mendapatkannya . Banyak pula yang dapat menikmati indahnya persahabatan , tetapi ada juga yang begitu hancur dikhianati صحابة nya sendiri ..

Ingatlah bila kali terakhir kita berada dalam kesulitan , siapa yang ada dengan kita ???
siapa yang mengasihi kita sewaktu kita merasa tidak dikasihi ??? siapa yang ingin bersama kita sewaktu kita  tak boleh memberikan apa apa????

مريك له صحابة كيت "

Hargailah dan peliharalah persahabatan kita denagn kawan kawan yang lain
" Dalam kejayaan , صحابة صحابة mengenali kita .. dalam kesengsaraan , kita mengenali صحابة صحابة kita ."

12 September 2014

Kerana Dia Seorang Yusuf ( cerpen )




 Yusuf terkesima . Surat di tangan dibaca sekali lagi . Amat sukar dipercaya . Air mata kesyukuran yang menganak sedari tadi telah berderai membasahi pipi . Dia diterima melanjutkan pelajaran di universiti idamannya . Al Azhar , sebuah institusi ilmu yang sulit untuk diterjemah rasa kagum dan agung tentangnya .

Yusuf berlari dan terus memeluk ibunya . Tangan tua yang sudah ketara uratnya itu dikucup . Yusuf terus menghulur surat itu lantaran lidahnya tidak mampu berkata kerana terlalu gembira . Ibunya juga turut menangis kegembiraan .

Dikucupnya dahi Yusuf berkali kali . Anak sulungnya itu bakal menjejakkan kaki ke bumi kinanah . Disana Yusuf akan belajar tentang agama . Disana juga Yusuf akan lebih memahami makna cinta Yang Esa yang sesungguhnya . Bila pulang nanti , dia bawa bakti untuk semua . Tambahan pula , Yusuf anak jati kampung pertama yang akan belajar di negara orang . Yusuf istimewa . Semua warga tahu tentangnya . Sejujurnya , aku akan bahagia kalau Yusuf bahagia . Meski kami bersahabat baik sejak di bangku sekolah , namun aku dan Yusuf bagaikan langit dan bumi . Kami sangat berbeza . Yusuf orangnya kacak , kulitnya sawo matang , pintar dan kuat pula hafalan Qurannya . Aku biasa biasa saja . Tidak sekacak Yusuf dan jauh lagi untuk pintar sepertinya . Aku telah lama redha ... Aku teringat kata kata Yusuf ...

"Allah mencipta manusia itu dengan sebaik sebaik kejadian . Maka kau kena percaya bahawa kau juga yang tampan . Apa ada pada rupa ? Yang dipandang Allah adalah iman dan takwa ." 

Seminggu lagi Yusuf akan terbang ke Mesir . Aku membantu Yusuf menyediakan apa yang perlu . Orang kampung juga rajin bertanya dan berbual tentang Yusuf . Tok Dollah selaku selaku ketua kampung , katanya mahu mengiringi Yusuf ke KLIA . Beliau bangga punya pemuda kampung yang cemerlang seperti Yusuf . Cik Temah , bidan kampung juga mahu ikut serta . Dia rasa bertuah kerana menjadi orang yang pertama menyambut kelahiran Yusuf  ke dunia . Sesudah Yusuf mengimami solat jemaah di masjid , biasanya dia akan dijemput memberi tazkirah ringkas dan sebagainya . Ada juga gadis gadis kampung yang tidak segan mengintai di balik tirai demi melihat Yusuf .

Petang esok , Yusuf sudah mahu terbang . Aku tahu , Yusuf bukan kepalang riangnya . Pasti hatinya berdebar debar , tak sabar melihat bumi para anbiya itu . Hasrat aku untuk berbual bual dengannya terbatal apabila dia sudah bersiap siap untuk keluar . Ibunya teringin bersiar siar bersama Yusuf sebelum anak tunggalnya itu sambung belajar . Yusuf menghidupkan enjin motor usang , peninggalan arwah ayahnya .

Kira kira jam $ petang . Ketika hujan mulai turun dengan lebat , aku menerima panggilan telefon . Yusuf dirawat di hospital . Perasaanku berbaur dan berkecamuk . Apakah ? Yusuf tidak sedarkan diri . Menurut pemuda yang memabantu Yusuf yang menghantar Yusuf ke hospital , Yusuf kemalangan . Yusuf gagal mengawal motor apabila tiba tiba sebatang dahan pokok tumbang di tepi jalan . Yusuf terjatuh daripada motor dan kepalanya berdarah teruk .

Bersambung .....