28 June 2014

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan ☺





akhirnya penantian menunggu Ramadhan telahpun tiba . ohhh ! can't wait . i'm so excited . Bila di fikirkan balik , waktu dolu dolu (11 tahun lepas ) takde la excited macam ni . Haih ! biasa la . Waktu tu kecik lagi . Otak tengah blur blur dan terfikir , alaaa , nanti tak boleh makan . Kene tunggu malam baru boleh makan . Bila hari sekolah , tak larat , lepastu minum air paip . Balik je rumah buat muka kesian dekat mama , lepastu cakap , " maaa ! adik tak pose , tadi sakit perut sebab lapar . hahahahaha . very childish . 



KELEBIHAN BULAN RAMADHAN 

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.
Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185."

Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.


KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN .

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)


MENUJU KESEMPURNAAN IBADAH PUASA .

Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:

  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.

  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.

  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: 
"Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan 
memakan barang yang haram."
(Surah Al-Maidah:42)

  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram . 

  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.


P/S : Sumber dari = EncikGoogle





" Syaaban is going . Ramadhan is arriving . Syawal is coming . #SalamRamadhanMubarak to all Muslims  ." 


26 June 2014

Kata Cinta


Manusia memang suka akan cinta . cinta ini pada mereka indah . Tidak salah kalau dikatakan bahawa cinta adalah perihal yang paling manis di dunia .

  Jadi . Apakah asas cinta ?

Cinta ini asasnya sayang . Tidak tahu pula saya kalau ada cinta berasaskan benci .
" Saya cintakan dia , sebab tulah saya benci akannya sangat sangat ."

Mustahil bukan ?

Jadi , cinta mestilah sayang . Kita hargai orang yang kita cinta . Kita sanggup korbankan segalanya . Malah ada satu kata kata , 
" Seseorang itu sanggup berubah demi apa yang dicintainya , mengetepikan kepentingan dirinya ."

Wah ! cinta memang menakjubkan ! Ya . Demi sayang , semuaa benda yang kita kurang sayang , akan kita ketepikan kepentingannya , boleh kita korbankan , boleh kita buang tepi , asalkan benda yang kita sayang , selamat .

Cinta Orang Hari Ini .

Sebahagian orang menyatakan cinta . Malah ada yang nampak cinta itu busuk . Ada segelintir orang , dia nampak cinta itu keji . Zaman ini , ramai orang begitu . Apabila novel novel saya keluar di pasaran . Ada orang memberi komen kepada saya , 
 
 " Saya lagi suka vt . Sebab dalam vt tiada cinta . Alangkah baiknya kalau awak boleh tulis lagi cerita macam vt . Tiada cinta lelaki dan perempuan . Itu lebih baik ."

Itu satu contoh . Hinggakan , kalau ada cinta dalam novel , novel itu dianggap pop , picisan , murah dan tidak berkualiti . Kenapa sampai begitu sekali orang memandang cinta . Sebab hari ini , cinta telah dimurahkan semurah murahnya . Kenapa boleh jadi murah ? Kebanyakan orang hari ini tidak tahu apa itu cinta . Tidak pandai untuk bercinta . Dia bercinta dengan cinta yang salah , dengan cara yang salah , salah dengan kefahaman yang salah , menyebabkan cinta yang dikibar kibarkannya automatik menjadi murah .  Cinta hari ini dimaknakan couple apabila kita keluar bersama sama , apabila kita berdating , apabila kita naik motor bonceng sama sama , apabila kita makan satu sudu satu garfu . Kita sanggup gadai dara teruna kita , Kita sanggup beri apa sahaja . Itulah cinta bagi generasi muda hari ini yang pendek akal dan dangkal . Akhirnya , cinta dikeji sebagai satu perkara nista dan busuk .

Kata Cinta , Kata Sayang . 



Tiada orang kata begini ,
  
" Saya sayang awak . Oleh kerana saya sayang awak , saya mahu lempar awak kedalam api ."

 Sepatutnya , orang kata begini ,

" Saya sayang awak . Oleh kerana saya sayang awak , kalau awak masuk kedalam api pun , saya sanggup selamatkan awak ." 

Maka , orang yangbercinta tidak mengikut jalan syarak benarkan , tidak mengikut apa yang Allah tetapkan , tidakkah sama dengan melontarkan pasangannya ke dalam neraka ? Allah melarang berzina , Allah melarang pergaulan bebas , tetapi kita ingkar kepada Allah SWT atas nama cinta dan sayang . Benarkah sayang ? Kalau benar , kenapa melontarkan pasangan anda kedalm neraka ? Kalau betul sayang dan cinta , sepatutnya kita sama sama selamatkan pasangan kita daripada api neraka , daripada kehancuran . Tetapi kenapa kita pautkan dia ke dalam neraka bersama sama kita ? 

" Nanti bertaubatlah ."

Nanti tu bila ? kalau tidak sempat ? Jangan berlagak sayang . Kita tidak tahu bila kita akan mati . Jika kemalangan ketika berseronok seronok berbonceng motor . Baru kamu tahu . Alangkan orang yang tidak berbuat apa apapun boleh mati . Inikan pula pula orang yang bergerak setiap hari . Kalau cinta , selamatkanlah diri anda dan pasangan anda daripada kemurkaan dan keingkaran Allah . Saya tidak nampak itu cinta , kalau kita melontarkan diri kita dan pasangan kedalam neraka . Samalah seperti kita mencampakkan pasangan kita kedalam gaung selepas kita katakan kepadanya ,

" I love you sayang ."
Tiada bezanya .  

Bercinta Mesti Sampai Ke Syurga .

Saya bayangkan , kalau saya dengan isteri , saya suka akan masuk syurga dengan dia . Nanti kami duduk depan mahligai kami di syurga , di bawah pohonan yang rendang , dikelilingi haruman syurga , kemudian kami mengenang mengenang cinta kami .

" Susah abang nak dekati sayang dulu ."

Sambil saya ketawa menceritakan betapa saya menahan sabar diri saya untuknya .
 
" Saya pun jual mahal lebih terhadap abang dulu ." 

Dia juga bercerita betapa dia pun berusaha menjaga dirinya .

Kemudian , kami akan bersembang fasal anak anak , bagaimana susahnya , mentarbiah anak anak didunia yang penuh cabaran , bagaimana susahnya hidup kekal dalam redha Allah dan kami akan ceritakan semua itu dikelilingi anak anak kami disana . Bahagia . Semua perih jerih akan terbayar . 

Saya inginkan begitu . Apakah maknanya sayang kalau mencampakkan pasangan ke dalam kemurkaan Allah ? Cinta sebetulnya ke syurga . Itu baru dinamakan cinta , itu baru dinamakan sayang . Maka . Apa usaha kita untuk cinta itu kekal sampai ke syurga ? Apa ?

***Tajuk ini dipetik dari buku Batu Bata Kehidupan yang ditulis oleh Hilal Asyraf . Semoga ia dapat memberi pengajaran kepada kita . ***

" Hati yang tidak mencintai Allah , akan sangat mencintai dunia dan takut mati ."




- yang mengopi pasta -