26 June 2014

Kata Cinta


Manusia memang suka akan cinta . cinta ini pada mereka indah . Tidak salah kalau dikatakan bahawa cinta adalah perihal yang paling manis di dunia .

  Jadi . Apakah asas cinta ?

Cinta ini asasnya sayang . Tidak tahu pula saya kalau ada cinta berasaskan benci .
" Saya cintakan dia , sebab tulah saya benci akannya sangat sangat ."

Mustahil bukan ?

Jadi , cinta mestilah sayang . Kita hargai orang yang kita cinta . Kita sanggup korbankan segalanya . Malah ada satu kata kata , 
" Seseorang itu sanggup berubah demi apa yang dicintainya , mengetepikan kepentingan dirinya ."

Wah ! cinta memang menakjubkan ! Ya . Demi sayang , semuaa benda yang kita kurang sayang , akan kita ketepikan kepentingannya , boleh kita korbankan , boleh kita buang tepi , asalkan benda yang kita sayang , selamat .

Cinta Orang Hari Ini .

Sebahagian orang menyatakan cinta . Malah ada yang nampak cinta itu busuk . Ada segelintir orang , dia nampak cinta itu keji . Zaman ini , ramai orang begitu . Apabila novel novel saya keluar di pasaran . Ada orang memberi komen kepada saya , 
 
 " Saya lagi suka vt . Sebab dalam vt tiada cinta . Alangkah baiknya kalau awak boleh tulis lagi cerita macam vt . Tiada cinta lelaki dan perempuan . Itu lebih baik ."

Itu satu contoh . Hinggakan , kalau ada cinta dalam novel , novel itu dianggap pop , picisan , murah dan tidak berkualiti . Kenapa sampai begitu sekali orang memandang cinta . Sebab hari ini , cinta telah dimurahkan semurah murahnya . Kenapa boleh jadi murah ? Kebanyakan orang hari ini tidak tahu apa itu cinta . Tidak pandai untuk bercinta . Dia bercinta dengan cinta yang salah , dengan cara yang salah , salah dengan kefahaman yang salah , menyebabkan cinta yang dikibar kibarkannya automatik menjadi murah .  Cinta hari ini dimaknakan couple apabila kita keluar bersama sama , apabila kita berdating , apabila kita naik motor bonceng sama sama , apabila kita makan satu sudu satu garfu . Kita sanggup gadai dara teruna kita , Kita sanggup beri apa sahaja . Itulah cinta bagi generasi muda hari ini yang pendek akal dan dangkal . Akhirnya , cinta dikeji sebagai satu perkara nista dan busuk .

Kata Cinta , Kata Sayang . 



Tiada orang kata begini ,
  
" Saya sayang awak . Oleh kerana saya sayang awak , saya mahu lempar awak kedalam api ."

 Sepatutnya , orang kata begini ,

" Saya sayang awak . Oleh kerana saya sayang awak , kalau awak masuk kedalam api pun , saya sanggup selamatkan awak ." 

Maka , orang yangbercinta tidak mengikut jalan syarak benarkan , tidak mengikut apa yang Allah tetapkan , tidakkah sama dengan melontarkan pasangannya ke dalam neraka ? Allah melarang berzina , Allah melarang pergaulan bebas , tetapi kita ingkar kepada Allah SWT atas nama cinta dan sayang . Benarkah sayang ? Kalau benar , kenapa melontarkan pasangan anda kedalm neraka ? Kalau betul sayang dan cinta , sepatutnya kita sama sama selamatkan pasangan kita daripada api neraka , daripada kehancuran . Tetapi kenapa kita pautkan dia ke dalam neraka bersama sama kita ? 

" Nanti bertaubatlah ."

Nanti tu bila ? kalau tidak sempat ? Jangan berlagak sayang . Kita tidak tahu bila kita akan mati . Jika kemalangan ketika berseronok seronok berbonceng motor . Baru kamu tahu . Alangkan orang yang tidak berbuat apa apapun boleh mati . Inikan pula pula orang yang bergerak setiap hari . Kalau cinta , selamatkanlah diri anda dan pasangan anda daripada kemurkaan dan keingkaran Allah . Saya tidak nampak itu cinta , kalau kita melontarkan diri kita dan pasangan kedalam neraka . Samalah seperti kita mencampakkan pasangan kita kedalam gaung selepas kita katakan kepadanya ,

" I love you sayang ."
Tiada bezanya .  

Bercinta Mesti Sampai Ke Syurga .

Saya bayangkan , kalau saya dengan isteri , saya suka akan masuk syurga dengan dia . Nanti kami duduk depan mahligai kami di syurga , di bawah pohonan yang rendang , dikelilingi haruman syurga , kemudian kami mengenang mengenang cinta kami .

" Susah abang nak dekati sayang dulu ."

Sambil saya ketawa menceritakan betapa saya menahan sabar diri saya untuknya .
 
" Saya pun jual mahal lebih terhadap abang dulu ." 

Dia juga bercerita betapa dia pun berusaha menjaga dirinya .

Kemudian , kami akan bersembang fasal anak anak , bagaimana susahnya , mentarbiah anak anak didunia yang penuh cabaran , bagaimana susahnya hidup kekal dalam redha Allah dan kami akan ceritakan semua itu dikelilingi anak anak kami disana . Bahagia . Semua perih jerih akan terbayar . 

Saya inginkan begitu . Apakah maknanya sayang kalau mencampakkan pasangan ke dalam kemurkaan Allah ? Cinta sebetulnya ke syurga . Itu baru dinamakan cinta , itu baru dinamakan sayang . Maka . Apa usaha kita untuk cinta itu kekal sampai ke syurga ? Apa ?

***Tajuk ini dipetik dari buku Batu Bata Kehidupan yang ditulis oleh Hilal Asyraf . Semoga ia dapat memberi pengajaran kepada kita . ***

" Hati yang tidak mencintai Allah , akan sangat mencintai dunia dan takut mati ."




- yang mengopi pasta -

06 June 2014

Kursus Daie Junior .





hai ! apa khabar ? lama tak dengar cerita en ? well ! finally today barulah aku rasa nak post entry baru . memandangkan aku baru je habis mid year exam . so , aku rasa tak tenteram , gayanye macam orang kehilangan anak . bak kata orang jawa " libang libu " . perghhh ! macam ni la gayanye orang yang tak study . tapi tak pe la . just tawakkaltu a'alAllah . what you give you'll get back . *sambil pegang pen buat hw*

Back to our entry please *cakap ala ala diva* .  hmm . KURSUS DAIE JUNIOR . wahhhh ! dengar nama pun aku excited nak pergi . tapi lain kali la . sebab kursus siri 1 dah lepas . aku dapat pergi pun sebab huda offer kat aku , tanpa pikir panjang , aku cakap je aku nak pergi . bagi nama kat ustazah . and jalan .
Meh aku cerita dari first sampai akhir . okey ? hahahaha .
waktu hari senin aku dengan huda jumpa ustazah . ustazah cakap la apa yang nak kena bawak , buat apa kat sana . kira detail la ustazah bagitahu tentatif program macam mana . lepastu ustazah cakap

" hari selasa nanti kamu kena datang awal tau . kalau datang lambat takut kamu berdua nanti tak dapat bilik . berkhemah la kamu nanti . paham "

waktu aku dah mindset . hari selasa makteh datang je , terus blah . ayat kuarang ajar sikit . hahahah . huda pun sama . excited gila time tuhh . sampai la tiba masanya . balik dari sekolah pukul 11.00 and sampai rumah pukul 11.30 . punya la laju makteh bawak . semua nya sebab aku gesa suruh makteh cepat . balik rumah , siap siap semua . my cousin pulak amik , awa , dia amik aku . bawak sampai depan mydin . tunggu punya tunggu . ayah huda pulak sampai . kesian huda , waktu tu huda tak sihat . batuk batuk *uhuks uhuks* . perghhh .  . sampai je depan inteam . aku , ayah huda , mak huda and huda terkejut . aikkks . pelik gila . inteam waktu tu sunyi . sepi . takda orang lansung . pergi tanya kat pejabat , then orang pejabat cakap yang program start kul 3 . aku tengok jam , tengok orang tu , tengok jam , tengok orang tu . then ayah huda kata


" hmm takpala . kita pi makan dulu . lepastu balik rumah jap . "

sampai pukul 2.30 pergi balik inteam . pukul 3 daftar bilik apa semua . hahah . first daftar aku ngan huda nampak sorang laki ni . macam familiar . tapi memang familiar pun . tu ustaz dari yahyawiyah . wahhh ! jumpa budak yahyawiyah . lagi excited . dapat sebilik dengan diorang . k lawak --' . mulalah kearaban kami disitu . petang tu ada taklimat . ada 6 slot semua . setiap satu slot mesti ada sorang pengerusi . pengerusi kedua huda yang jadi . lepastu huda boleh pulak cakap yang dia takda suara . ustazah tu pun dia usya aku . dalam hati aku . eleh ustazah mesti nak pilih aku punya . andddd , aku la pengerusi untuk slot kedua pada esok hari . hahaha . malam tu kitaorang start slot pertama oleh ustaz khairin azhar . dia tak cakap panjang . dia cuma cakap apa yang akan kitaorang buat pada malam hari terakhir kat inteam . jeng3 . dia suruh 
  • hafal surah al kahfi . tak kira sampai ayat berapa . sampai habis pun takpa . paling koman pun ayat 1 sampai 10 .
  • semua kene bergerak dan bentuk kumpulan .
  • lantik ketua kumpulan .
  • hari akhir ustaztu akan tanya apa pengajaran yang kitaorang dapat daripada program dai junior ni .
dengar memang la macam biasa . tapi nak membuat nye susah . untung aku dapat ahli kumpulan yang friendly *mata keatas , tangan kebahu* takda sunyi sangat . ahli kumpulan aku .
  1. rina - ketua 
  2. kina 
  3. syuhada
  4. shakirah
  5. intan (aku)
  6. faz 
  7. aku lupa nama apa .
malam tu aku jumpa sorang kakak ni . nama dia kak farah hanis fadzil . dia la yang tolong aku buat teks untuk esok . rasa terharu pun ada . biasa lah , aku bukan nya reti bab2 ni . memang tak pernah jadi pengerusi pun . so , takda pengalaman . kak farah suruh aku tido awal . hahahaha . malam tu tido hahahahaha . zzzzzZZZZZZZZZ -_-

keesokan harinya . slot kedua . berdirinya saya disini . ustaz kahar awang karim pulak kasi ceramah . bla bla bla bla bla  . dia kasi cramah . comel je aku tengk dia  . hahahah . alhamdulillah semua berjalan lancar . walaupun aku nervous terlampau . diorang sokong dari belakang *diri atas kerusi* . hahahaha . lepas tu slot kedua ustaz munawir pulak kasi cramah . budak laki mana tah jadi pengerusi . berkarisma , ada gaya pemimpin aku tengok dia . cewaahhh . puji lelebih pulak intan . ustaz tu kasi cara2 berdakwah dengan betul . last2 aku jugak kene panggil pergi depan . hmm . waktu tu memang hari aku kut . alhamdulillah . ustaz suruh aku tazkirah 5 minit berkaitan masa . benda tu mesti ada kaitan dengan budak lelaki . aku amik mic dan cakap . pok pek pok pek . 2 point je aku kasi . saja aku 2 taknak bagi lebih . nanti diorang bash aku :( . slot ketiga habis . and . ustaz khairin suruh jangan keluar audi lagi . ada ssuatu ustaz nak cakap . hari selasa Sultan Azlan Muhibbudin Shah telah mangkat  . al fatihah . waktu tu semua program yang ada kat negeri perak terpaksa dibatalkan . termasuk kursus daie junior ni . sedih . ustaz kata semua peserta boleh balik petang tu jugak , malam ataupun esok nya . aku dengan huda balik petang tu jugak . sebab taknak lama2 kat situ . so semua yang ustaz khairin suruh untuk hari terakhir semua tak jadi . tapi tak rugi pun . untung adala . 

kursus tu best sesangat . walaupun hanya 2 hari . spatutnya 3 hari .  tapi kursus bermanfaat untuk kitaorang . kursus siri 2 aku nak pergi lagi . mueheheheh :P 
inteam tu dkat je ngan rumah aku . aku lupa apa nama panjang inteam tu . hahahah . kbye . Assalamualaikum :)

p/s : maaf kalau ayat aku macam keling pariya dan maaf kalau tertypo . peacee (Y)